Spektrum Pelangi
Limelight Gala Precious Rainbow 32 mm, Piaget
Piaget menjulang kemasyhuran dan magis himpunan arloji ilham jauhari Limelight Gala ke tahap yang lebih tinggi tahun ini. Memadukan butiran permata tsavorites rona hijau bersama batu nilam dari pelbagai rona di sekujur bezel dan cupingnya. Lantas, arloji Limelight Gala Precious Rainbow diperkemas dari emas merah 18K. Perincian ukiran signatur Piaget yakni teknik Palace DĂ©cor pada laman dail diolah sama pada tali gelang jam. Kesemuanya diukir dengan tangan bagi mencipta corak tekstur yang unik. Secara tidak langsung, menggabungkan kepakaran para artisannya dalam penetapan batu permata juga kontrusksi kaliber mekanikal automatik Piaget 501P1.
Chronomat Automatic 36 mm, koleksi kapsul South Sea, Breitling
Dipersembahkan dalam tiga versi, trio koleksi kapsul jam Chronomat Automatic 36 ini menampilkan paparan indeks masa bertatahkan berlian serta jarum berlapis emas merah 18K. Bezelnya dihiasi batu permata dari aksen rona cerah lagi bertenaga dan case diperbuat daripada keluli tahan karat. Ditenagai nadi automatik Breitling Caliber 10, jam berpunya rizab kuasa hampir 42 jam selain diperakui sijil kronometer COSC. Jam tangan bergaya retro ini tampil buat wanita yang tidak gentar untuk menonjolkan kewibawaan dirinya. Sekali gus, melambangkan kecekapan berbalas gaya effortless yang bernuansa riang dengan tiga rona pilihan; yakni biru gelap, hijau mint dan beige. Jam disempurnakan dengan tali kulit buaya dengan rona yang sepadan.