Use your ← → (arrow) keys to browse
Reverso One Duetto, emas merah, 40.1 x 20 mm — Jaeger-LeCoultre
Reverso One Duetto terbaru hadir dalam emas merah. Jika si pemakai sukar memilih antara jam tangan atau barang kemas, jam tangan ini terlihat anggun merangkumi kedua-dua aspek ini. Lantas, bakal melengkapi persalinan tidak kira pada waktu siang atau malam. Dihiasi dengan butiran berlian berpotongan brilliant, ia tampil merangkakan casing jam berdiameter 40.1 x 20 mm. Dail utamanya memaparkan indeks masa angka gaya Arab yang diharmonikan dengan laman dail rona keperakkan. Manakala, pemuka dial keduanya diolah dengan nada merah gelap kemudian disempurnakan bertali kulit buaya dalam kemasan satin warna yang sama. Jam dikuasakan dengan nadi automatik kaliber 844 citra Jaeger-LeCoultre sendiri.