Use your ← → (arrow) keys to browse
Kemilau Bintang
Himpunan Constellation, 29mm citra Omega digarap terperinci baik dari sisi teknikal mahupun estetika rekaannya. Model yang diperakui sijil Chronometer ini ditampilkan berlaman dial Aventurine yang menawan ibarat kilauan bintang di langit. Setiap penampilan dial jam digarap unik lalu disempurnakan dengan pilihan case keluli tahan karat atau emas signatur Omega. Bezel yang melingkari laman dial bersama paparan angka Roman berkemasan gilap lalu dilengkapkan bertatahkan berlian.