Use your ← → (arrow) keys to browse
Seamaster Diver 300M Tokyo 2020
Case keluli tahan karat bersaiz 42 mm menjamin ketahanan yang luar biasa dalam pemakaian yang lasak. Selain indeks serta jarum disuntik cat kilau Super-LumiNova bagi memastikan penglihatan lebih jelas; jam tangan ini kalis air sehingga 300 meter. Ditenagai mesin automatik OMEGA Co-Axial Master Chronometer Caliber 8800; kreasi ini adalah salah satu daripada beberapa utas jam tangan terpilih yang disahkan secara rasmi oleh Institut Metrologi Persekutuan Switzerland (METAS).
Dikelilingi dengan bezel seramik biru, jam dipadankan dengan laman dail seramik putih yang tampil mempertontonkan ukiran motif berombak. Secara tidak langsung, mengukuhkan tema akuatiknya. Nama himpunan Seamaster diserlahkan dengan rona merah yang garang, setentang dengan tetingkap tarikh pada jam6. Seperti model lainnya, lambang Tokyo 2020 tampil menghiasi sisi caseback kristal nilam.