Use your ← → (arrow) keys to browse
Mulakan pengembaraan bersama ikon terkemuka Cartier September ini, Panthère de Cartier menuruti susuk konstruksi gayanya yang sensual.
Meraikan motif harimau kumbang yakni Panthère de Cartier yang sudah menjadi lambang serta cinta hati buat rumah jauhari Cartier. Kehadirannya telah mendominasi dalam segenap himpunan arloji serta barang kemas mewahnya yang ikonik sejak kemunculan sulungnya pada tahun 1914. Panthère de Cartier terus mentakluki sisi imaginasi yang tidak terkawal. Bukan sahaja menerusi himpunan jauhari serta arloji; malah penampilan feline ini dipersembahkan sama pada barisan barangan kulit. Termasuk, produk aksesori rumah, koleksi kaca mata serta minyak wangi mewahnya.
Jisoo menggayakan himpunan ikonik Panthère de Cartier.