Use your ← → (arrow) keys to browse
Debut koleksi Tiffany Save the Wild pada tahun 2017, telah mengumpulkan lebih daripada 8 juta dolar Amerika sehingga ke hari ini. Merangkumi charms tiga dimensi, kerongsang dan aksesori hiasan meja Tiffany Save the Wild membantu melindungi fauna termasuk badak sumbu, singa dan gajah yang kian terancam. Charms ditawarkan dalam dua saiz yakni mini dan large. Kesemua charms ini digarap sama ada dari perak atau emas merah, juga terdapat sama kombinasi dua material ini. Gelang Oval Clasping Link digarap sepenuhnya dari perak sterling kreasi Tiffany & Co.