Nirmala Merak Bulgari Simbol Kemewahan Teratas - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Nirmala Merak Bulgari Simbol Kemewahan Teratas

Peacocks, the queen of all feathers! Ciptaan Illahi ini cantik dipandang, terutama sekali apabila bulu berona biru dan hijaunya itu dikipas penuh. Seakan-akan sedang memakai dress haute couture semasa minggu fesyen! Pesona burung merak pasti memukau ramai -- the diva of faunas! Merak melambangkan kekayaan, glamor dan sifat elegan semujadi wanita.

 

Naluri rumah fesyen Bulgari untuk mengambil haiwan mempersona ini sebagai inspirasi utama bagi rangkaian horologi Diva's Dream amat sepadan. Terdapat tiga ciptaan yang diilhamkan oleh Bulgari bagi koleksi ini, dan setiap satu tafsiran mereka mendefinisikan ciri-ciri kemewahan yang tiada tandingan.

 

 

 

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Perbezaan veri ketiga dari yang selainnya ialah bersebabkan reka bentuknya yang luar biasa — jam skeleton. Versi ini juga berbeza dari segi sifat pergerakannya yang lebih kompleks dan rumit. Ia menggabungkan identiti kemewahan rumah fesyen ini serta teknologi horologi pali optimum di medan masa kini. Terdapat lebih 127 tatahan berlian buat setiap satu rekaan glamor ini. Hanya 50 utas versi ini dibuat oleh Bulgari — khas buat crème de la crème sahaja.