Nirmala Merak Bulgari Simbol Kemewahan Teratas - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

Nirmala Merak Bulgari Simbol Kemewahan Teratas

Peacocks, the queen of all feathers! Ciptaan Illahi ini cantik dipandang, terutama sekali apabila bulu berona biru dan hijaunya itu dikipas penuh. Seakan-akan sedang memakai dress haute couture semasa minggu fesyen! Pesona burung merak pasti memukau ramai -- the diva of faunas! Merak melambangkan kekayaan, glamor dan sifat elegan semujadi wanita.

 

Naluri rumah fesyen Bulgari untuk mengambil haiwan mempersona ini sebagai inspirasi utama bagi rangkaian horologi Diva's Dream amat sepadan. Terdapat tiga ciptaan yang diilhamkan oleh Bulgari bagi koleksi ini, dan setiap satu tafsiran mereka mendefinisikan ciri-ciri kemewahan yang tiada tandingan.

 

 

 

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Kemegahan versi kedua dipamerkan melalui latar belakang mutiara berona lembut. Kontras latar bersama watak utama utas horologi ini, yakni burung merak yang gah, sekali gus dapat menarik perhati sesiapa sahaja yang terlintas mata dengan masterpiece ini. Ia dilengkapi intan permata persis nirmala suci serta tali kulit buaya biru. Pergerakan mekanikal moden digunakan buat versi ini dan yang pertama.