Breitling Lancar Dua Saiz Terkini Buat Navitimer
navitimer

Kembara Breitling, Charlize Theron Bersama Navitimer

Jam tangan ikonik Navitimer oleh Breitling kini dipersembahkan dalam saiz 36 dan 32 bersama kempen hebat yang dibintangi Charlize Theron.

Navitimer ialah salah satu jam tangan yang paling dikenali pernah dilancarkan oleh Breitling. Sehinggakan menjadi salah satu jam tangan yang tersenarai wajib kumpul oleh pecinta horoloji. Apa yang bermula pada tahun 1952 sebagai alat buat juruterbang telah membawa makna yang mendalam kepada setiap orang yang mempunyai jam tangan sepanjang perjalanan peribadi mereka.

Kini Breitling memperkenalkan dua saiz baharu kepada koleksi Navitimer, yakni saiz 36- dan 32-mm buat mereka yang menggemari gaya dan rekaan jam tangan berdiameter lebih kecil. Bukan hanya rekaan saiz yang lebih kecil sebagai taruhan utama, malahan jam tangan ini indah dengan kemasan mother-of-pearl, cetusan rona pop pastel serta material mewah yang traceable. Lantas gabungan ini menjadikan jam tangan ikonik Breitling lebih versatil, elegan dan siap sedia menjadi pelengkap gaya kembaramu.

Kempen buat jam tangan ini dibintangi oleh pelakon pemenang Anugerah Akademi Charlize Theron yang berkongsi perjalanan peribadi yang membawanya dari kota terpencil Afrika Selatan ke bintang kelas A di pentas antarabangsa. Kempen NAVITIMER – FOR THE JOURNEY oleh Theron adalah sebahagian daripada siri intim yang diceritakan oleh duta jenama Breitling dengan perasaan mereka sendiri. Kata Ketua Pengarah Eksekutif Breitling, Georges Kern, pemilihan Theron sebagai wajah kempen jam tangan ini kerana pelakon ini cukup ikonik dan dikenali seluruh dunia dengan kekuatan, kecantikan, bakat serta perjalanan hidupnya yang memberi impak.

The Navitimer Automatic 36

navitimer breitling

Jam tangan Navitimer 36 di Breitling ini mempunyai bezel dengan manik ikonik bersama rekaan aturan slaid bulat yang mana selalu digunakan oleh juruterbang. Ia hadir dalam dail metalik yang lebih chic yakni mint green, silver dan anthracite dengan indeks baton atau dail set yang diperbuat menggunakan mother-of-pearl bersama tatatan berlian. Sebagai meneruskan usaha Breitling dalam menjaga kelestarian alam, berlian atau lebih senang dengan nama Better Diamond adalah lab grown dan mencapai piawaian SCS-007 Sustainability Rated Diamonds Standard.

The Navitimer 32

navitimer breitling

Biarpun hadir dalam saiz yang lebih kecil tetapi tidak melupakan ketukangan yang bermutu tinggi. Jam tangan Navitimer 32 hadir dalam pilihan dail mother-of-pearl rona powdery pink serta light blue – yang pertama buat Breitling. Ada juga pilihan klasik putih buat mereka yang mahukan gaya tradisional.

Artikel Berkaitan: Top Time Deus Edisi Terhad Breitling