Use your ← → (arrow) keys to browse
Cartier
Setelah 50 tahun penciptaannya pada tahun 1930-an oleh Louis Cartier untuk Pasha of Marrakech. Genta menterjemahkan semula susuk rekaan jam tangan Pasha dengan menampilkan konstruksi bentuk bulatnya juga diolah dengan cuping atau lugs yang berbeza. Paling utamanya, empat angka atau indeks masa yang ditampilkan pada laman dail menjadikan Pasha sebagai jam tangan sukan mewah untuk para jetsetter. Melirik pandang buat versi terbarunya yang tampil pada minggu arloji Watches & Wonders 2021, himpunan Pasha de Cartier berkembang dengan sejumlah karya terbaru.
Pasha de Cartier 35 MM dalam konstruksi emas merah rincian berlian bernadi automatik; diperkemas dengan sistem tali QuickSwitch dan EasyLink.
Termasuk kronograf 41 mm dalam emas kuning 18K dan keluli tahan karat. Kesinambungan reka bentuk Pasha adalah menerusi balik kaca paparan hadapan dan pusatnya. Juga rekaan penutup crown bertatahkan batu permata serta ciptaan cuping khususnya. Seperti himpunan Pasha yang dilancarkan tahun 2020, tali gelangnya kini diperbaiki dengan sistem Cartier QuickSwitch dan EasyLink untuk memudahkan pemakaian di rumah.