Legasi Gerald Genta - Glam Malaysia
Legasi Gerald Genta 01

Legasi Gerald Genta

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dari Nautilus sehingga Ingenieur dan Royal Oak. Gerald Genta turut mengolahkan semula susuk rekaan Pasha de Cartier yang membiaskan gaya moden. Lantas, kesemua karya ciptaannya kekal hidup sehingga ke hari ini.

Menerusi lapangan arsitektur kita memuliakan tokoh seni bina terkemuka Frank Gehry; manakala seniman dunia seni halus pula, rata-ratanya menjunjung karya olahan Pablo Picasso. Demikian, bagi gelanggang seni pembuatan arloji, Gerald Genta figura paling terpengaruh sepanjang masa. Di mana, pereka jam tangan asal Switzerland ini adalah individu disebalik karya arloji paling ikonik yang pernah diciptakan dengan mempelopori jam tangan sukan mewah.

Legasi Gerald Genta 02

Bengkel arloji Gerald Genta di Le Brassus pada tahun 1980-an. Foto – Gérald Genta Heritage Association

Sekalipun, Gérald Genta sudah meninggalkan kita pada tahun 2011 kala usia 80 tahun; legasinya terus kekal hidup menerusi setiap karya ciptaannya. Mungkin ada yang tidak mengenali namanya. Namun yang pasti, anda pasti tahu jam tangan yang direka olehnya. Dari Nautilus sehingga Ingenieur dan Royal Oak. Genta juga mengolah semula susuk rekaan Pasha de Cartier yang bersentuh nada moden pada tahun 1985. Ayuh, lihat tiga ciptaan ikoniknya yang diperbaharui sepanjang tahun lalu.

See also
Istimewa: Arloji & Jauhari 2024