Chanel mempertontonkan karya terbaru jam tangan buat wanita masa kini yang mendambakan sebuah jam tangan dengan garis rekaan cita rasa maskulin di Basel 2017.
Jam tangan berbentuk oktagon ini adalah satu tampilan yang membawa kepada lambang atau simbol ikonik susuk botol wangian legenda N°5 dan Place Vendôme. Ciptaan ini akan terpahat di ingatan sebagai salah satu seni ketukangan jam tangan yang diperhalusi rekaannya bersama susuk garisan tegap berbalas bentuk signaturnya. Jam dengan garapan kontemporari dan klasik yang digilap dalam kemasan satin membiaskan cita rasa anggun dalam kerangka maskulin.
[envira-gallery id=”67182″]
Chanel mencedok idea penciptaan jam tangan pertamanya yang membias sifat sejati kewanitaan yakni Première ke alam maskulin. Kehadiran jam tangan The Boy.Friend merubah pegangan seni dan elemen rumah fesyen terkemuka ini kala mempertontonkannya sebagai pelengkap gaya dan masih mengekalkan cita rasa klasiknya.
Chanel menampilkan keindahan pada nukilan terbaru dengan tali jam diukir dan ditenun dengan benang keluli. Ini memaparkan kehebatan teknikal di dalam menjulang fabrik tweed. Penguasaan teknik ini mengintegrasikan seni tenunan dengan menonjolkan perincian seperti kontur pada tali jam yang mana sama seperti pada tepi poket dan bahagian bawah lengan jaket ikonik Chanel.