Jennifer Lawrence; Sang Epitome Keanggunan - Glam Malaysia
Sang Epitome Keanggunan 01

Jennifer Lawrence; Sang Epitome Keanggunan

Longines memartabatkan Jennifer Lawrence sebagai Ambassador of Elegance terbaru.

Selama lebih sedekad, Jennifer Lawrence telah diiktiraf sebagai salah seorang pelakon paling terunggul di dunia. Saat hanya berusia 20 tahun menerima pencalonan Anugerah Akademi pertamanya untuk persembahannya menerusi drama indie, Winter’s Bone. Kemudian memerankan watak heroin remaja Katniss Everdeen dalam filem bersiri The Hunger Games pada 2012. Secara tidak langsung, Jennifer membuktikan dirinya sebagai bintang layar skrin global.

Sejak itu, himpunan usahanya meniti pengiktirafan tertinggi dalam industrinya, termasuk Anugerah Akademi buat Pelakon Wanita Terbaik, BAFTA, dua Anugerah Screen Actors Guild dan tiga trofi Golden Globe. Filem terbarunya, Causeway, menandakan peristiwa penting buatnya tatkala ia merupakan projek pertama yang dibintangi olehnya dan dihasilkan di bawah sepanduk produksinya, Excellent Cadaver.

Sang Epitome Keanggunan 03

Longines memartabatkan Jennifer Lawrence sebagai Ambassador of Elegance terbaru.

Lebih daripada sekadar bintang filem Hollywood, di luar skrin, Jennifer ialah penyokong tegar untuk kesaksamaan jantina. Tambah lagi, menganggotai lembaga Represent.us, yakni sebuah organisasi bukan partisan untuk menghentikan wang suap dalam politik juga mendorong undang-undang anti-korupsi agar disegerakan. Lalu menghadirkan perspektif baharu kepada setiap usaha yang dikendalikan. Dia adalah seorang wanita perkasa dan Longines berbangga kerana wanita yang penuh aspirasi lagi berbakat cemerlang ini telah menyertai keluarga Ambassadors of Elegance.

See also
She Said Yes! Alyssa Daguisé Terima Lamaran Al Ghazali

Pautan berkaitan: Kong Hyo Jin & Kevin Oh Pilih Cincin dan Jam Tangan Mewah Piaget