Use your ← → (arrow) keys to browse
Icon of Cool
Tidak hanya membentangkan generasi jam tangan Carrera yang terkini, TAG Heuer turut memperkenalkan ambasador terbarunya yakni; Ryan Gosling. Bintang Hollywood ini terkenal menerusi lakonannya dalam filem The Notebook, La La Land dan Drive. Gosling sebelum ini tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana jenama, atau juga sebagai jurucakap produk. Sehingga lah pada malam acara tertutup yang mengambil lokasi di vila privet Beverly Hills, TAG Heuer memperkenalkan Gosling sebagai ambasador terbarunya.
Menerusi kempen pertamanya untuk koleksi Carrera Three Hands terbaru rakaman jurugambar berpangkalan di New York, Pari Dukovic. Gosling mengolah semula karakternya dalam penggambaran dalam filem Drive pada tahun 2011, yang mana melonjak kerjayanya dalam dunia lakonan.