Hujung Tahun Lebih Istimewa Dengan Letusan Big Bang Mewah Hublot

Hujung Tahun Lebih Istimewa Dengan Letusan Big Bang Mewah Hublot

Disember menandakan penghujung tahun 2018, namun ia juga bermakna, Christmas is here!

 

Hublot Big Bang Sapphire Tourbillon

Semua mengidamkan that special white Christmas bersama insan tersayang. Tarikh 25 Disember menjelang kini. Dikelilingi hiasan Krismas indah nan menawan juga hadiah-hadiah istimewa buat mereka yang istimewa, sebuah kotak berona perak menarik perhatian. Anda menghulurkan tangan menggapai kotak tersebut lalu membukanya.

 

Di dalam kotak terdapat pula jam tangan indah idaman anda, Big Bang One Click Sapphire Diamonds 39MM daripada Hublot. Anda hanya mampu tersenyum kecil memikirkan permintaan anda kepada insan istimewa. Dan, ingatannya terhadap diri anda memberi makna istimewa.

 

Krismas ini Hublot memperkenalkan koleksi “White Christmas” yang membawakan ilham daripada putih salju dan juga musim perayaan hujung tahun yang cukup digemari ramai.

 
[envira-gallery id=”86297″]

Antara ceraian yang menzahirkan keindahan musim ini dan juga kemewahan dan inovasi Hublot adalah Big Bang One Click, Spirit of Big Bang, Big Bang One Click Sapphire Diamonds 39MM, Spirit of Big Bang Sapphire dan tidak lupa juga Big Bang Sapphire Tourbillon.

See also
Pasangan Hollywood Yang Sudah Berpisah Pada Tahun 2017

 

Walaupun sudah sedekad diperkenalkan, koleksi Big Bang Hublot ini membuktikan yang saban tahun mereka akan memastikan koleksi ini juga mengikut peredaran masa, stail dan trend. Dari gerakan HUB1710, unsur kemewahan hingga ke elemen kasual, koleksi Big Bang mampu melawan arus masa. Malah tali ‘One Click’ Big Bang juga kini diperbaharui dengan tali kulit yang lembut menggunakan Orylag.

 
[envira-gallery id=”86295″]

Selain bezel Steel White dan King Gold White, Hublot turut memperkenalkan Titanium White Diamonds and King Gold White Diamonds untuk koleksi ‘White Christmas’ ini. Ternyata setiap satu koleksinya indah diperhalusi butir permata sekeliling jam. Penghujung tahun ini lebih bermakna dengan kasih sayang si dia dan Hublot.