Hublot Pencetus Revolusi Ketukangan Jam Tangan Hebat - Glam Malaysia
hublot

Hublot Pencetus Revolusi Ketukangan Jam Tangan Hebat

Hublot terkenal dengan ritma rekaan yang mencetus revolusi dalam dunia horologi. Setiap utas jam tangan diperkasa dengan teknologi berdaya saing serta maju dan terus bersama menjulang rekaan yang sofistikated dengan paduan material mewah selari dengan DNA ‘Art of Fusion’ mereka.

FYZA KADIR MENYARUNGKAN JAM TANGAN HUBLOT CLASSIC FUSION TITANIUM PAVE

Classic Fusion Titanium Pave bersaiz 29mm diperhias dengan 122 butir berlian pada bekas jam tangan. Manakala keliling bazel pula ditatah bersama 36 butir kilauan permata. Jam tangan ini diperbuat menggunakan material titanium kerana sifatnya yang ringan. Dail diberikan kemasan satin berefek hitam sunray. Jam tangan ini diperkasa dengan gerakan HUB2915 Quartz Movement.

EYKA FARHANA MENYARUNGKAN JAM TANGAN HUBLOT BIG BANG ONE CLICK KING GOLD PAVÉ

Sebagai jenama jam tangan yang memegang takhta Master of Fusion, Hublot telah menemui satu rona emas yang baharu. Material ini diberikan nama King Gold yang mempunyai campuran material platinum dan emas. Jam tangan Big Bang One Click King Gold White Pavé mempunyai rizab kuasa selama 40 jam dan rintangan air sedalam 100 meter. Bekas jam ditatah bersama 130 butir berlian 0.4 karat dan bezelnya pula mempunyai 36 butir berlian 0.76 karat. Ia berteknologi dengan HUB1120 Self-winding Movement.

See also
Nadi Kronograf Buat Wanita

YAYA ZAHIR MENYARUNG JAM TANGAN HUBLOT BIG BANG INTEGRATED TIME ONLY BLUE CERAMIC

Material bagi menghasilkan jam tangan di di Hublot adalah satu asas yang paling penting, setinggi dengan teknologi jam mereka. Seramik yang digunakan mempunyai mekanismne yang mampu tahan lama dan tahan calar. Jam tangan ini menggunakan material seramik dengan kemasan satin pada bekas dan talinya. Kristal jam pula diperbuat daripada batu nilam efek anti-reflektif. Jam Big Bang Integrated Time Only Blue Ceramic diperkasa bersama HUB1115 Self-winding Movement.

Artikel Berkaitan: Empat Jelitawan Bergaya Indah Bersama Jam Tangan Hublot