Use your ← → (arrow) keys to browse
DEFY Midnight Sunset, keluli, 36 mm — Zenith
Bermandikan cahaya merah matahari terbenam dan pancaran cahaya aurora borealis; Zenith menambah dua model evokatif ke dalam barisan DEFY Midnight. Dinamai DEFY Midnight Sunset and DEFY Midnight Borealis, kedua arloji ini mengimbangi himpunan DEFY yang julung kali diolah secara eksklusif buat wanita pada tahun 2020. Digarap dalam casing keluli berukuran 36 mm, kedua model ini dihiasi dengan butiran berlian potongan brilliant yang melingkari cincin bezel. Paparan indeks masa juga dihiasi berlian pada laman dail berukiran guilloché yang menampilkan corak bergelombang dalam gradasi dua nada warna. Jam dilengkapi kaliber automatik Elite 670 SK yang berpunya rizab kuasa 50 jam dan kalis tekanan air pada kedalaman 100 meter.