Use your ← → (arrow) keys to browse
Big Bang One Click 33S, King Gold, emas merah 18K, 33 mm — Hublot
Hadir lebih kilauan tahun ini; Big Bang One Click 33S diterjemahkan dengan pelbagai faset serta rincian terkini. Langsung, diungkapkan dengan paksi kemewahan baharu. Dikuasakan pergerakan automatik HUB1120, model ini tersedia dalam kemasan King Gold citra Hublot atau keluli dengan rincian butiran berlian yang tergarap separa atau sepenuhnya. Hublot turut membentangkan 12 versi tali jam pelbagai rona, dilengkapi sistem ‘One Click’ yang dipatenkan untuk memudahkan penukaran tali jam di rumah mengikut mood si pemakainya. Kesemua tali jam kulit sapi ini tampil lembut bak sutera setelah menjalani proses penyamakan serta pewarnaan di Perancis.