Horologi Bernadi Glamor Ilham Girard-Perregaux - Glam Malaysia

Horologi Bernadi Glamor Ilham Girard-Perregaux

Aura kemewahan tidak lain, tidak bukan terukir di DNA Girard-Perregaux. Pendirian mereka yang ingin menerapkan unsur glamor tanpa mengkompromi keindahan horologi diketengahkan dengan ilhaman terbaru mereka, yakni koleksi Cat’s Eye Celestial.

 

Koleksi ini direka khas buat gadis-gadis berani yang inginkan sentuhan feminin apabila berkata tentang perhiasan di pergelangan tangan. Koleksi ini merupakan salah satu variasi buat tema Fine Watchmaking mereka yang terus menjadi percakapan golongan atasan di seantero pelusuk dunia horologi. 

 

 

 

Cat’s Eye Celestial membawa identiti rumah fesyen ini yang tiada tandingan, iaitu pergerakan mekanikal yang masyur serta reka bentuk yang cukup menakjubkan ala karya seni masterpiece.

 

Ciptaan seni ini mempunyai sebuah fasa bulan di muka jam, di samping tompok-tompok berkilau bak siluet bintang pada malam yang gemerlap. Jenama Switzerland ini sekali lagi mengambil jalan yang kurang konvensional — bentuk bujur yang digunakan memberi ilusi kemewahan yang berlainan dari bentuk bulat yang biasa digunakan oleh jenama lain.

See also
Terima Kasih, Hilary

 

Jam ini didatangkan bersama emas rose serta dibingkaikan lebih 60 tatahan intan permata disekeliling bezelnya. Mutiara, yang digilap sendiri oleh pembuat jam, berona putih suci juga digunakan buat muka jam tersebut.

 

Terdapat dua pilihan tali bagi jam tangan Cat’s Eye Celestial ini: tali bersalut emas rose bagi mereka yang inginkan kemewahan timeless, atau bagi mereka yang inginkan gaya yang lebih kasual dan bersahaja, terdapat juga tali kulit alligator berona biru gelap.

 

[soliloquy id=”68430″]