Formasi Prima Arloji Ilham Jauhari
Kemuncak ketukangan pembuatan jam, dipadukan dengan pergerakan flying tourbillon arloji nan puitis menyaksikan Solstice kreasi Piaget. Dihiasi unik bulu burung serta intan berlian, Ateliers de L’extraordinaire Piaget membentuk dan memahat emas untuk memberikannya kelembutan fabrik bak sutera. Dengan reka bentuk asimetri dan lengkungan yang halus, konstruksi voluptuous ribbons dan laces menawarkan paparan terhebat Piaget. Di mana, 55 faset intan dan permata yang ditatahkan hadir dalam potongan marquise melambangkan sinaran yang berkilauan sepanjang koleksi.
Tampil terhad kepada 8 unit, Happy Sport Métiers d’Art dilengkapi dengan nadi Chopard caliber 96.23-l yang berpunya rizab kuasa sehingga 65 jam. Jam berukuran 40 mm ini diperbuat daripada emas merah beretika lantas dihias indah dengan tetapan perincian dari intan hasil garapan tangan. Ia adalah intipati kecemerlangan sedia ada dalam memadukan pembuatan jam dan barang kemas.