Escale Tampil Dengan Rekaan Lebih Minimal

Jam Tangan Escale Sofistikated Dengan Fungsi Time-Only

Bersempena sedekad pelancaran jam tangan Escale, Louis Vuitton mempersembahkan empat variasi baru yakni material emas mawar dan platinum.

Buat kali pertama dalam sedekad terlancarnya koleksi jam tangan Louis Vuitton Escale kini tampil dengan rekaan yang lebih ringkas namun masih berpegang tinggi kepada seni kraf Louis Vuitton. Jam tangan ini hanya mempunyai fungsi waktu sahaja dan memberi fokus kepada seni rekaan tekstur juga permukaan jam. Selain itu, jam tangan baharu ini juga meraikan kemasan sofistikated juga teknologi canggih Swiss horlogerie.

escale louis vuitton

Empat variasi baharu diperkenalkan buat himpunan Escale di Louis Vuitton yakni dua dalam material emas mawar dan dua lagi diperbuat menggunakan platinum. Mengukuhkan lagi legasi jam tangan ini dengan arkib Louis Vuitton, adalah bagaimana ketukangan bagasi digunapakai dalam penghasilannya. Sebagai contoh adalah bagaimana loyang rivet dan pemegang bagasi yang selalunya ada pada bagai ikonik Louis Vuitton direka unik pada dail jam tangan.

Seni fesyen Louis Vuitton yang mewah juga menjadi inspirasi kepada koleksi jam tangan terkini Escale. Jarum jam baharu direka lebih halus bagi menunjuk tanda waktu yang lebih tepat pada titiknya. Manakala setiap alis dan facet cermin diberi kemasan paling rapi seperti bagaimana para artisan di artelier Louis Vuitton berkarya.

See also
Sajian - Unconventional Desserts

Bagi variasi emas mawar, hadir dengan dail berona perak dengan tali kulit yang mengabadikan material kulit Nomade. Pertama kali kulit ini diperkenalkan pada 1999 dan nyatanya mencipta status ikon dek kerana keselesaan serta tahap prestasi yang baik. Variasi Escale bertali kulit ini juga diperkemas dengan jahitan rona kuning yang sememangnya menjadi identiti buat barangan kulit di Louis Vuitton buat suatu masa dahulu.

Escale bermaterial platinum pula dimewahkan dengan kerlipan berlian indah. Ada yang hadir dengan dail diperbuat menggunakan bahan meteorit dan lagi satu pula menggunakan material oniks lantas menaikkan lagi seri berlian. Kedua-dua variasi ini hadir dengan tanda jam yang diperbuat daripada emas putih. Ia memberi biasan monokrom yang lebih bersahaja.

Artikel Berkaitan: Louis Vuitton Women’s Cruise 2025 Show Livestream