Code 11.59 Hadir Dalam Variasi Merah Jambu

Jam Code 11.59 Oleh Audemars Piguet Hadir Dalam Emas Merah Jambu

Selepas lima tahun lahirnya Code 11.59, kini Audemars Piguet melancarkan variasi baharu dalam material emas merah jambu.

Audemars Piguet dengan bangganya melancarkan tujuh variasi baharu buat himpunan jam tangan Code 11.59 by Audemars Piguet mereka yakni bermaterial merah jambu 18 karat. Jam tangan ini datangnya dengan saiz 38 dan 41 mm yang terletak elok pada pergelangan tangan. Setelah lima tahun diperkenalkan jam tangan ini terus memacu laju dalam variasi yang pelbagai termasuklah saiz, material, rona dan komplikasi teknologi yang cukup mampan.

Karakter baharu diberikan kepada koleksi ini terutama pada dailnya yang mana dihasilkan oleh artisan asal Swiss Ysnn von Kaenel. Dimana, seni guilloche diperkenalkan dengan motif bulat yang berulang. Bulatan ini pula mempunyai ratusan lubang kecil yang mampu membiaskan cahaya. Kemudiannya, dail ini diperkemas menggunakan Physical Vapour Deposition atau proses galvanic untuk untuk memelihara dan meningkatkan kontur yang didedahkan semasa proses pengecapan.

Code 11.59

CODE 11.59 BY AUDEMARS PIGUET SELFWINDING JAM TANGAN INI DIPERBUAT MENGGUNAKAN EMAS MERAH JAMBU 18 KARAT BERSAMA DAIL DAN TALI DALAM RONA BIRU YANG SEDONDON.

Antara model baharu adalah Code 11.59 by Audemars Piguet dalam saiz 38 mm yang datangya dalam rona biru ikonik ilham jenama jam tangan ini yakni “Bleu Nuit, Nuage 50”. Ia adalah rona yang diperkenalkan oleh Audemars Piguet buat koleksi pertama Royal Oak (Model 5402). Rona biru gelap ini cukup berseri apabila berbalas dengan material emas merah jambu.

Code 11.59

CODE 11.59 BY AUDEMARS PIGUET SELFWINDING HADIR DALAM SAIZ BAHARU YAKNI 38 MM, JAM TANGAN INI JUGA MEWAH DENGAN TALI YANG DIPERBUAT MENGGUNAKAN

Jam tangan terkini di Code 11.59 by Audemars Piguet juga diperkasa dengan gerakan generasi terkini. Ia menggabungkan kejituan, ergonomik dan kemasan yang cukup rapi. Mengikut trend kontemporari sekarang, para jurutera Audemars Piguet mereka Caliber 5900 buat himpunan 38 mm selfwinding dan manakala variasi 41 mm pula diperkasa dengan Calibre 4302.

See also
Sofa: Obsesi Terbaharu Di Instagram

Artikel Berkaitan: Emosi Ultra Mewah Code 11.59 by Audemars Piguet