Royal Oak Frosted Gold Meraikan Wanita Kontemporari

Audemars Piguet Meraikan Wanita Kontemporari Dengan Royal Oak Edisi Terhad

Selepas empat dekad Royal Oak menjadi pilihan wanita yang sukakan elemen-elemen moden dan klasik, Audemars Piguet sekali lagi memilih pereka perhiasan Carolina Bucci bagi kejutan semula rekaan jam tangan kegemaran ramai itu.

 

 

Rona kuning keemasan bersinar terang dengan bantuan dail reflektik balik cermin bersaiz 37mm. Anda menyarungkan jam tangan mewah ini dengan penuh keyakinan. Wanita dan kemewahan rona emas tidak mungkin dapat dipisahkan.

 

Ternyata anda begitu menghargai rekaan terbaru jam tangan Royal Oak. Tekstur Frosted Gold pada bahagian gelang dan case pula membuatkan anda rasa sofistikated. Malah dipadankan dengan penampilan elegan atau gaya seharian.

 

Carolina Bucci

Ternyata Royal Oak Audermars Pigeut ini direka Carolina Bucci khusus meraikan golongan wanita yang moden dan kontemporari. Bucci menerangkan inspirasinya sebagai satu tindakan memberontak. Dihasilkan khas buat wanita yang spontaneous, true-to-life dan unapologetic.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse