Seutas arloji mewah itu seharusnya mengapungkan karakter atau nadi ketepatan masa yang unggul. Langsung, selari dengan seni ketukangan yang diperbuat daripada material berkualiti tinggi di samping menjulang tradisi pembuatan yang sudah bertapak sejak beratus tahun lamanya. Penggunaan bahan berharga dari case beralih pada perincian serta kemasannya, kekal sepanjang usia. Ia juga bakal diturunkan buat tatapan generasi ke generasi. Selain, berupaya memaparkan ketepatan masa juga komplikasi fitur yang diolah bersamanya.
Hael Husaini
Mengapa saya memakai jam tangan adalah kerana sewaktu di zaman persekolahan saya terlebih masa mengulang kaji mata pelajaran matematik. Bukan kerana rela hati atau kehendak tetapi lebih kepada terpaksa. Haha. Demikian, waktu seharian saya berlalu pergi dengan sekelip mata. Itulah memori yang saya ada mengapa saya mahu memakai jam tangan. Keduanya adalah kerana saya kira aksesori memainkan peranan besar dalam sesuatu ceraian pakaian. Untuk melengkapkan penampilan anda, tidak ada aksesori lain yang lebih baik selain jam.
Christinna Kuan
Lihat lembaran eksklusif GLAM Malaysia X Hublot pada isu Jun/Julai 2021.