Saya memakai jam tangan setiap hari sedari di saat persekolahan lagi. Dahulu ia lebih berfungsi untuk menjejaki masa. Namun, hari ini ia juga merupakan pelengkap penampilan untuk saya memadankannya bersama persalinan lantas membantu meningkatkan keyakinan diri. It’s also a good conversation piece. Untuk seseorang yang senantiasa on-the-go, adakalanya saya tidak dapat menjejaki masa lagi. Masa berlalu begitu pantas. Terkandang pula perlahan, sangat subjektif dan abstrak. Kerana bagi saya masa bukan hanya angka. Ia terkait sama dengan memori, suasana, trend, wangian atau muzik pada sesuatu rangka masa itu.
Daiyan Trisha
Jam tangan adalah sangat penting bagi saya. Bukan sekadar berfungsi untuk menunjukkan waktu. Malah, ia juga berperan untuk melengkapi persalinan juga membiaskan personaliti seseorang individu itu. Saya adalah seorang pemuja arloji juga berpunya beberapa utas di dalam koleksi daripada ditenagai nadi bateri juga mekanikal. Setiap kali saya memakai jam tangan, ia seperti menjulang sisi kelembutan serta keanggunan dalam diri saya. Jika terlupa untuk memakainya, saya rasa seperti tidak lengkap.