Tip Persediaan Untuk Merai Tetamu - Glam Malaysia

Tip Persediaan Untuk Merai Tetamu

Apabila mahu membuat majlis keraian, sudah pasti pelbagai perkara perlu diambil perhatian termasuk menu penyediaan makanan, siapa tetamu yang hadir dan pelbagai lagi. Pasti runsing jika memikirkannya. Jadi pastikan persediaan awal dilakukan. Berikut adalah beberapa tip dari Chef Selebriti, Ili Sulaiman mengenai persediaan majlis keraian.

Tetamu – Kenal pasti siapa dan jumlah tetamu. Setiap tetamu mempunyai karakter berbeza yang memerlukan jenis menu berbeza. Mengenal pasti tetamu membantu tuan rumah merancang menu untuk majlis keraian. Kata Ili, “Saya sukakan bilangan tetamu yang kecil seperti sepasang suami isteri atau paling banyak 8 orang kerana dinamik lebih seimbang segi menu dan masa saya bersama tetamu.”

Menu – Always plan your menu early! Ini membantu tuan rumah merancang masa dan bajet. Pilih menu yang tidak terlalu kompleks dan rumit untuk disediakan. Don’t be too ambitious. Sediakan hanya satu atau dua hidangan utama yang memerlukan lebih perhatian, menu selebihnya pilih yang ringkas.  Jangan lupa juga untuk mengetahui tetamu yang mengalami alahan makanan sebelum menyediakan menu.

See also
Palet - Trivia Warna Dark Choc

Ambien – Pastikan suasana rumah berada dalam keadaan teratur dan rapi. Cetuskan ambient berbeza agar tetamu berasa lebih santai. Nyalaan lilin wangi dan gubahan bunga segar membantu mencipta suasana segar elegan.

Ekstra – Always cook extra! Selalu kita dengar biar lebih, jangan kurang. Tuan rumah perlu bersedia kerana tetamu mungkin membawa teman atau anak-anak bersama.

Pot Luck – Beritahu tetamu untuk membawa apa-apa makanan atau minuman seperti pencuci mulut atau buah-buahan. Ini memberikan tuan rumah lebih ruang dan masa untuk fokus pada menu utama.