Tip Menjaga Sinki - Glam Malaysia

Tip Menjaga Sinki

bulthaup-b2-kitchen-furniture-5

Sinki dapur B2, Bulthaup. Rangkaian dapur Bulthaup ada di The Gardens

 

CALAR

Kesan calar boleh mengakibat pertumbuhan bakteria dan rupa buruk. Sebaiknya gunakan kain berskala tebal atau span, menggantikan berus besi tatkala mencuci sinki.

 

BERKILAT

Gunakan tepung untuk menggilap sinki keluli tahan karat anda. sapukan tepung pada kain lembut, gosok di keseluruhan binaan sinki, bilas dan keringkan. Ingat, sentiasa gosok mengikut arah garis menggilap. Boleh juga gunakan minyak bayi.

 

PENCUCI TAHAN KARAT

Seiring evolusi zaman, banyak pembersih tahan karat untuk anda pilih. Jalan pintas, boleh cuba gunakan serbuk penaik. Bersifat lembut dan beralkali, serbuk penaik berkuasa menanggalkan kesan kotoran degil pada permukaan besi dengan sempurna.

 

PAD SINKI

Kebiasaanya, permukaan sinki akan calar setiap kali mencuci kuali atau periuk. Gunakan pad sinki untuk melindungi permukaan sinki ketika aktiviti mencuci untuk menjamin ketahanan, rupa dan kebersihan sinki dapur.

 

HABA

Haba boleh meninggalkan noda tetap, merubah bentuk sekaligus memusnahkan wajah sinki. Elak meletakkan periuk atau keluli panas di dalam sinki. Jangan sesekali menuang air panas ke dalam sinki, kerana ia boleh mengubah bentuk paip sinki dan membuatkan sinki anda meleding.

See also
Kediaman - Pesona Feminin Elegan Suraya Yeop Jr.

 

RUANG KERJA

Elak menggunakan sinki sebagai papan pemotong. Pisau dan alatan tajam yang lain akan merosakkan permukaan dalam sinki. Selain itu, sinki tidak menjamin kebersihan mutlak.