#StayHomeWithGD : Panduan Mencipta Edible Garden - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD : Panduan Mencipta Edible Garden

Turut dikenali sebagai kitchen garden atau ‘edible garden’, konsep ini sangat praktikal kerana dihuni tanaman yang boleh dimakan seperti sayuran, buah-buahan dan herba. Kini konsep edible garden boleh dijadikan sumber makanan dalam bentuk yang lebih tersusun, teratur dan kemas, selain memberi penjimatan kepada perbelanjaan harian sebagai sumber masakan.

Ciri-ciri utama dan penyediaannya:

  1. Pilih kawasan yang redup dan berhampiran dengan kawasan dapur atau ruang santai yang sesuai dengan kediaman anda, serta sumber air yang dekat.
  2. Sediakan batas-batas tanah untuk menanam tumbuhan daripada jenis sayuran, herba serta buah-buahan. Kotak-kotak kayu juga boleh digunakan sebagai batas tanaman.
  3. Sediakan ruang atau kotak semaian bagi menanam tumbuhan yang baru sebelum dialihkan ke ruang lebih besar untuk tujuan pembiakan.
  4. Ruang laluan dan pengairan boleh disediakan di antara batas-batas tumbuhan yang telah dihasilkan.
  5. Pastikan medium campuran tanah yang sesuai untuk tanaman sayuran, tidak berasid atau alkali yang tinggi. Gembur dan bajakan tanah setiap kali anda mengutip hasil tuaian dan menukar tanaman baru. Ini dapat memastikan taman dapur anda dalam keadaan yang subur dan terkawal.
See also
Idea - 22 Paten & Warna Kertas Dinding Menawan

Jenis tanaman yang sesuai menempati edible garden:

  1. Sayuran: Sawi, Kobis, Bayam
  2. Buah-buahan: Tomato, Bendi, Terung
  3. Herba: Pokok daun kari, Pandan, Serai, Bunga Kantan, Halia.

Tip:
Pilih biji tumbuhan semaian yang bermutu tinggi dan dipaketkan di dalam negara, kerana ianya lebih sesuai untuk negara khatulistiwa seperti Malaysia.

Panduan penjagaan tanaman edible garden:

  1. Pastikan anda mengunakan baja semula jadi, bebas daripada sebarang bahan toksik dan kimia yang tidak diingini, kerana ianya akan menjadi sumber makanan harian anda.
  2. Sentiasa rajin menyiram, mengembur tanah dan menuai tanaman mengikut masa yang tertentu, supaya tidak merosakkan tumbuhan yang ditanam.
  3. Elakkan dari penggunaan racun serangga yang berlebihan.
  4. Selalulah rajin membersihkan kawasan batas tanaman, supaya tidak menjadi kawasan pembiakan siput, atau serangga kecil yang menjadikan sayuran sebagai sumber makanan.
  5. Gunakan alat yang sesuai untuk mencantas dan menuai hasil semaian bagi mengelakkan pokok daripada rosak.