Dekorasi istimewa buat majlis keraian menyuntik rasa istimewa buat tetamu sambil menikmati juadah dan hidangan sambil meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.
Mainan rona ceria sesuai untuk yang memilih lokasi luar di tepi kolam renang untuk menjamu tetamu. Ruang santai bermain palet seperti biru firus, kuning lemon dan jingga terang menerbitkan gaya tropika yang selesa namun masih tampak praktikal. Seleksi perkakasan dan aksesori ada di H&M Home.
Tip Dekorasi Majlis Istimewa
Tentukan tema mengikut kesesuaian majlis untuk menajdikan acara ini lebih meriah. Tidak hanya mengehadkan tema untuk pakaian, tema dekorasi juga mampu mengubah suasana ruang majlis untuk lebih bergaya saat dipotretkan. Tetapkan dari awal bermula daripada jemputan, anda sudah boleh menetapkan gaya yang menjadi tema mengikut kesesuaian lokasi.
Gunakan barangan yang anda miliki tanpa perlu membeli kesemuanya baru. Ia turut boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk membina gaya hiasan atau tema majlis. Kebanyakkan set dinnerware hadir dalam pelbagai gaya seperti oriental, moden, baroque, semuanya praktikal untuk majlis anda. Anda juga boleh memetik bungaan segar dari laman sebagai dekorasi.
Biarpun apa sahaja tema yang dipilih, pastikan anda mengekalkan gaya kasual untuk memastikan tetamu yang hadir dapat menikmati majlis tanpa perlu rasa terikat dan bosan. Tambahan pula dengan cuaca yang tidak menentu, ilham kasual memudahkan kita untuk menyesuaikan keadaan bergantung pada lokasi, keadaan majlis dan tetamu.
Lengkapkan ambien dengan suntikan aroma. Lilin haruman pilihan paling romantis namun anda turut boleh mencuba alternatif lain seperti bungaan segar lili dan mawar, gubahan rempah ratus juga potongan buahan segar untuk membangkit aroma dan deria bau para tetamu yang hadir.
Pilihan menu yang segar mampu menjadi topik yang baik. Oleh itu olahan palet yang berbeza menjadikan tetamu teruja menikmati pilihan hidangan yang disediakan. Rasa fusion yang menjentik mainan rasa boleh anda cuba seperti sushi rendang, spaghetti masak lemak juga salad bersos tomyam.