haylie duff the real girls kitchen

Sejenak bersama Haylie Duff – Selebriti, Blogger dan Penulis Buku Masakan

Mengukir nama sebagai pelakon dan penerbit Hollywood, Haylie Duff kini muncul sebagai penulis buku masakan, The Real Girl’s Kitchen. Bermula di laman blog, Haylie tidak lokek berkongsi resipi dan tip menu kegemarannya berasaskan bahan-bahan segar dan sihat! Haylie turut merealisasikan The Real Girl’s Kitchen menjadi program masakan yang bersiaran setiap Isnin, 10 malam di Asian Food Channel (AFC).

 

GLENDALE, CA - OCTOBER 18:  Actress Haylie Duff poses before signing copies of her new book, 'The Real Girl's Kitchen' at Barnes & Noble Booksellers on October 18, 2013 in Glendale, California.  (Photo by Imeh Akpanudosen/Getty Images)

Haylie bersama buku masakan pertama tulisannya, The Real Girl’s Kicthen

 

Bagaimana anda mendapat inspirasi untuk The Real Girl’s Kitchen?

Saya bermula di blog realgirlskitchen.com dan mendapati beberapa resipi saya mendapat perhatian di kalangan rakan-rakan dan keluarga. Satu atau dua tahun kemudian, ayah menghadiahkan buku resipi nenek yang menjadi inspirasi utama buku masakan The Real Girl’s Kitchen.

 

Siapakah yang banyak mengajar anda memasak?

Percaya atau tidak, saya tidak tahu memasak sehingga mencecah usia 24 tahun! Haha. Ibu yang paling banyak mengajar saya. Ibu selalu memasak untuk kami sewaktu membesar dan banyak kenangan indah saya bersama ibu tercipta di dapur.

See also
Best Dressed Golden Globe 2015

 

Semua resipi anda kelihatan sihat dan organik, mengapa?

Saya cukup gemar ke pasar petani di Los Angeles. Banyak bahan-bahan di sana cukup segar dan melihatnya sahaja membuat anda tidak keruan.

 

Apakah pengalaman buruk ketika anda di dapur?

Semestinya banyak! Tetapi paling saya ingat dan sentiasa ketawa mengenainya ketika saya cuba membuat Easy Mac yang sepatutnya mudah! Saya meletakkan campuran makaroni di dalam mangkuk dan memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro. Tetapi, saya terlupa menambah air ke dalam campuran itu. Bayangkan kerja saya selepas itu!

 

Apakah peralatan atau perkakas dapur yang diperlukan buat yang masih baru di dapur?

Papan pemotong, pisau berkualiti, penekan bawang putih dan pisau pengupas.

 

Blog Page

Anda boleh mengikuti blog Haylie di realgirlskitchen.com yang mengandungi resipi dan juga review restoran dan kafe kunjungan peribadinya.