Santuari Kamar Peribadi Gaya Hotel - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

Santuari Kamar Peribadi Gaya Hotel

 

Penampilan kamar mandi hotel bergaya klasik – merupakan sebahagian daripada pengalaman menginap di hotel bertaraf lima bintang, setanding dengan terjemahan nikmat kelembutan kemasan cadar, disempurnakan dengan reka bentuk katil yang yang paling selesa. Tenang, cantik, praktikal, dan mewah dengan reka bentuk, kamar peribadi ala-hotel adalah dambaan semua. Di sinilah ruang khas untuk berehat pada penghujung hari, memanjakan diri dengan mandian buih di dalam tab yang pastinya menenangkan.

Inilah caranya untuk mencipta pengalaman serupa di rumah!

 

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

PENGGUNAAN BAHAN SEMULA JADI

Fikirkan kemasan lantai marmar yang elegan, rekaan sinki batu yang diukir untuk membentuk bekas linear yang sempurna, kelengkapan logam yang berkilat digilap bersinar, dan permukaan lantai kayu dengan teliti diatur untuk membentuk pola herringbone. Walau apapun elemen estetik yang ingin diaplikasi di kamar peribadi ini, kehadiran elemen natural melalui penggunaan bahan semulajadi akan mempamerkan estetika alam yang menyuntik rasa damai di ruang kediaman.