Santuari Kamar Peribadi Gaya Hotel - Page 3 of 5 - Glam Malaysia

Santuari Kamar Peribadi Gaya Hotel

 

Penampilan kamar mandi hotel bergaya klasik – merupakan sebahagian daripada pengalaman menginap di hotel bertaraf lima bintang, setanding dengan terjemahan nikmat kelembutan kemasan cadar, disempurnakan dengan reka bentuk katil yang yang paling selesa. Tenang, cantik, praktikal, dan mewah dengan reka bentuk, kamar peribadi ala-hotel adalah dambaan semua. Di sinilah ruang khas untuk berehat pada penghujung hari, memanjakan diri dengan mandian buih di dalam tab yang pastinya menenangkan.

Inilah caranya untuk mencipta pengalaman serupa di rumah!

 

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

HADIRKAN CAHAYA SEMULA JADI

Di mana terdapat cahaya semulajadi, aliran udara segar, dan kedua-duanya adalah wajar untuk mencipta mood  kamar mandi yang cantik dan mewah. Sekiranya idea ini menepati cita rasa anda, apa kata mencuba kamar peribadi luar dengan binaan dinding tinggi dan bahagian atas berkonsep terbuka. Untuk lebih privasi, gunakan penghadang untuk mengehadkan pandangan pada ruang yang terbuka, selain menambah spesis tumbuhan sesuai ruang tertutup untuk mendapatkan suasana tropika.

Jika ruang agak terhad dan tidak mengizinkan, pertimbangkan skylight – atau tambahkan elemen pencahayaan sebagai alternatif kepada cahaya semula jadi. Tentunya anda tidak mahu bersiap di dalam gelap!