#StayHomeWithGD: Home Spa Secrets You Can Try - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: Home Spa Secrets You Can Try

Perintah kawalan pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April telah membuatkan ramai terpaksa melaksanakan arahan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid 19 yang melanda negara ini. Apabila berada di rumah banyak aktiviti yang anda boleh lakukan bagi melegakan stres yang dialami kerana terpaksa berkurung antaranya melakukan home spa sendiri di kamar peribadi. GLAM Deko kongsikan beberapa rahsia home spa yang anda boleh cuba di rumah.

Resipi Mandian

Tahukah anda mandian semula jadi mampu merawat tubuh dari dalam? Gunakan campuran air sabun bersama garam laut buat mengubati masalah sakit otot. Serta titiskan minyak kayu putih untuk masalah resdung dan sakit kepala keterlaluan. Apa jua minyak atau mandian beraroma sitrus boleh meredakan masalah ketegangan minda.

Suhu Air

Air mandian tidak sepatutnya bercampur suhu sejuk dan panas kerana ini mengakibatkan sakit kepala. Sebaliknya rendam tubuh dalam tab berisi air bersuhu sejuk dan hirisan timun dan limau. Jangan menikmati sebarang minuman atau makanan ketika berendam.

See also
Korner Mak Datin: Apabila Kawan Berparti Tiba-Tiba Berubah Status Menjadi Ibu Tiri Sendiri

Lilin 

Nyalakan beberapa lilin beraroma intim seperti bunga-bungaan lavender, harum sundal malam dan mawar di sekeliling tab mandi untuk mencipta suasana relaks dan romantis.

Scrub

Inilah masa anda memberi perhatian lebih pada anggota tubuh. Gosok menggunakan span tubuh atau garam mandian bermula dari atas tubuh seperti tangan, bawah lengan, leher, dada diikuti kaki, pergelangan kaki dan tapak kaki. Resepi scrub; campur sebati gula perang, madu, daun pudina, kulit oren, bersama kulit lemon dan lumurkan pada bahagian tubuh diingini.

Masker

Ketika enak berendam, rawat kulit wajah. Lumur masker menutupi muka sekurang-kurangnya selama 15 minit. Campurkan setengah cawan air suam, bersama oat, dua sudu besar yogurt asli, dua sudu besar madu dan 1 biji telur putih untuk resipi masker organik yang mujarab.