Behind the Scene - Resepi Warisan Kafe Bawang Merah - Glam Malaysia

Behind the Scene – Resepi Warisan Kafe Bawang Merah

Mula membuka pintu sejak 2009, kafe Bawang Merah sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pengunjung yang datang bersilih-ganti bagaikan tiada hari esok. Orang Melayu, India dan Cina semua berkongsi cita rasa yang sama.

 

Terkenal dengan aneka jenis kuih-muih dan lauk-pauk Melayu, kafe ini dimiliki oleh Aini Baba. Resipi warisan keluarga, kafe Bawang Merah menghidangkan ajnas jenis masakan asli Melayu yakni nasi putih bersama aneka lauk-pauk seperti Asam Pedas, Sambal Tempe dan Kacang Goreng, Paru Goreng, Daging Masak Hitam, Soto, Lontong serta Laksa Johor.

 

 

 

Warna-warni kuih – muih tradisional turut menarik perhatian ramai. Sagu Merah, Lopes, Ketayap, Seri Muka dan Tauhu Sumbat antara kuih wajib ada di senarai kuih tradisi Bawang Merah.

Kafe Bawang Merah beroperasi setiap Isnin hingga Sabtu bermula sarapan sehingga makan malam, di Lot 12A, Jalan SS 12/1b, SS 12, Subang Jaya.