Use your ← → (arrow) keys to browse
5. Pasar Baru, Hotel New World PJ
Hotel yang mula membuka pintunya awal tahun ini terus membawakan seleksi pilihan untuk mereka yang gemar bersantai di tengah hiruk pikuk kota. Gaya dekorasi hotel mengangkat rasa kontemporari moden yang disesuaikan dengan gaya hidup tempatan menjadikannya antara pilihan yang digemari masa kini. Mereka turut menawarkan Pasar Baru yang menghidangkan gabungan menu lokal cita rasa Melayu, Cina dan India dengan gaya penuh autentik melalui beberapa kaunter hidangan. Ada juga menu yang dimasak terus sebelum dihidangkan pada tetamu. Jika anda tidak hanya mahukan rasa lokal, jangan khuatir kerana mereka turut menawarkan beberapa pilihan menu Barat khususnya untuk sarapan pagi.