Use your ← → (arrow) keys to browse
3. Cocott KL
Cocott merupakan perkatan Perancis yang merujuk kepada periuk yang diperbuat daripada besi tempawan. Ia turut digunakan untuk memasak dalam masa yang sama boleh dijadikan sebagai alat untuk menghidang juadah. Berbicara mengenai restoran ini, ia mengangkat dua elemen yang penggunaan cocott itu sendiri sebagai perlambangan kepada tradisi penyediaan juadah di Perancis dan idea perkongsian menu untuk merapatkan hubungan di antara mereka yang menikmati hidangan. Menghidangkan menu Perancis dengan gaya yang diolah dengan sedikit suntikan lokal ia sememangnya antara pilihan yang perlu dicuba.