Sajian - Seleksi Menu Tempatan Fusion Untuk Hi-Tea - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Sajian – Seleksi Menu Tempatan Fusion Untuk Hi-Tea

Masterchef musim pertama berjaya melonjakkan nama Imelda Harris. Bermula sebagai pereka aksesori yang menggunakan batu-batuan dari Borneo, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini masih kukuh bertahan dalam industri kulinari tempatan sehingga ke hari ini. Dia mengorak langkah lebih maju dengan kafe Hydeout Mont Kiara. Mengangkat konsep menu Barat dan tempatan fusion, Imelda tidak gentar mengetengahkan menu masakan Sarawak yang direnjis sentuhan moden.

Pelaksanaan menu di Hydeout dilakukan sendiri oleh Imelda bermula daripada pembuka selera, hidangan utama, aneka sandwic dan burger, hidangan sampingan dan pencuci mulut. Selain Hydeout, Imelda turut mengusahakan Canteen Skolah di Bukit Damansara yang menawarkan hidangan aneka lauk-pauk untuk makan tengahari. Berikut antara resepi yang dikongsi Chef Imelda.

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cucur Pusuk (Ikan Bilis)

 Bahan – bahan

#½ cawan ikan bilis

#1 cawan tepung gandum

#1 biji cili merah dihiris

#½ batang lobak merah disagat

#1 batang daun ketumbar

#¾ cawan air

#Garam dan lada secukup rasa

#Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan

  1. Campurkan tepung bersama air dan gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan ikan bilis, cili padi, lobak merah, daun ketumbar, garam dan sedikit lada. Gaul adunan cucur sehingga rata.
  3. Panaskan minyak. Goreng cucur sehingga keperangan atau masak.

 

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan