Sajian - Fiesta Rasa Ili Sulaiman - Glam Malaysia

Sajian – Fiesta Rasa Ili Sulaiman

Ili Sulaiman, chef selebriti era millennial. Kerjaya kuliner Ili mula memuncak apabila dia menjuarai program terbitan Asian Food Channel (AFC), Food Hero (2014). Rancangan masakan pertama Ili, Diari Mangkuk Tingkat (Astro) mendapat sambutan luar biasa dari kalangan anak muda yang baru mahu mengenal dapur kerana Ili menfokuskan hidangan home cook fusion yang mudah dan ringkas untuk dicuba.

“Saya dibesarkan dalam keluarga yang besar. Ibu dan nenek gemar memasak dan menjamu kaum keluarga. Keluarga saya masih mengamalkan rewang apabila ada keraian,” beritahu wanita kacukan Melayu, Cina, India dan Inggeris ini. Ili juga dalam rangka membuka studio masakan untuk menawarkan lebih banyak peluang untuk aktiviti berkaitan kulinari seperti studio, bengkel memasak, demonstrasi masakan dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa resepi yang dikongsi Ili yang mempunyai cita rasa warisan Malaysia.

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Sotong Kurita bersama Kentang dan Serbuk Paprika

Bahan-bahan

200 gm sotong kurita

2 biji kentang direbus

See also
Rihanna Selamat Bersalin Anak Kedua Secara Rahsia

1 sudu kecil serbuk paprika

3 sudu kecil ekstrak minyak zaitun

1 liter air

½ biji lemon

Garam 

Cara menyediakan  

  1. Tuangkan air bersama lemon ke dalam periuk dan rebus air sehingga mendidih. Masukkan sotong dan masak sotong pada suhu api sederhana selama 45 minit atau sehingga sotong empuk.
  2. Hidangkan sotong bersama kentang rebus yang dihiris. Renjiskan sedikit minyak zaitun dan taburkan serbuk paprika dan garam secukup rasa.