Ruang - Idea Segar Hias Ruang Tamu - Glam Malaysia

Ruang – Idea Segar Hias Ruang Tamu

Menghias tidak semestinya berpaksi pada perubahan berskala besar seperti renovasi cukup sekadar bertukar fabrik kusyen, hamparan permaidani dan warna latar kediaman. Lihat tip ringkas bagi yang mahukan nafas baru di ruang tamu kediaman.

Ruang tamu adalah ruang sosial yang memberi first impression para tetamu buat sang penghuni. You gotta make them impress at this space! Reka bentuk tempat duduk; sofa atau kerusi berlengan pilih yang selesa untuk melabuhkan duduk. Material kulit untuk look lebih klasik dan bersifat tahan lasak, sesuai bagi yang masih mempunyai anak kecil. Sofa dibaluti fabrik kapas linen tidak sensitif seperti sangkaan ramai. Jika terkena kotoran, hanya perlu lap menggunakan kain fiber basah sehingga kesan hilang. Fabrik jenis kapas linen tidak mudah pudar warna dan rapuh berbanding baldu. Jika berkenan pada fabrik baldu, penghuni perlu bersedia untuk menukar fabrik dalam jangka masa lima tahun paling maksimum. Rekaan sofa berangka besi dilihat lebih kukuh dan mampu bertahan dalam tempoh lama serta tidak mudah patah.

See also
Diari Deko - Ben's Independent Grocer di IPC

Tip: Pilih sofa berdasarkan saiz ruang lantai kediaman. Ruang kecil tidak mampu menampung sofa berukuran dempak malah menjadikan ruang lebih sesak. Cukup sekadar sofa dua tempat duduk atau berbentuk L dalam balutan fabrik polos.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sofa Leslie, Rodolfi Dordoni.