Ruang - Idea Oasis Peribadi Kediaman - Page 6 of 6 - Glam Malaysia

Ruang – Idea Oasis Peribadi Kediaman

Mandian buih, garam, bunga mahupun titisan minyak esen aromaterapi dipercayai mampu merawat jiwa dan tubuh yang rawan. Bagi mendapatkan terapi mandian hebat haruslah bermula dari ruang mandian berambien tenang, praktikal fungsi dengan gaya interior malar segar. Ada beberapa perkara perlu dilihat apabila membina santuari peribadi di kediaman.

6 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

SENSASI SEGAR

Kamar mandi akan menghasilkan bauan mendap dan hapak kerana sistem pengudaraan yang tidak lancar dan sentiasa berkeadaan basah. Hapuskan bauan tidak enak dengan apungan aroma alam. Ekstrak wangian pilihan tentunya bernota sitrus, musky dan herba kuat seperti bunga melur, ylang-ylang, lemon, cedarwood dan sandalwood. Apungan esen wangian boleh dilakukan menerusi diffuser tanpa elektrik. Elakkan penggunaan lilin wangi kerana akan merosakkan permukaan jubin dek kepulan jelaga hitam.