Ruang - Cipta Zon Peribadi - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Ruang – Cipta Zon Peribadi

Kamar beradu – ruang permulaan dan pengakhiran kehidupan setiap penghuni di kediaman. Mencipta ruang santuari perlu mengambil kira sudut pencahayaan, reka pelan dan material yang diingini. Jangan abaikan pemilihan kombinasi warna dan aksesori dalam mencipta bilik tidur serba mewah dan punya ‘rasa’. GLAM Deko himpunkan idea ruang kamar peribadi yang boleh menjadi inspirasi.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

MEWAH TEKSTUR

Percampuran tekstur, warna paten dan fabrik buat mereka yang mahukan rasa bold and rich. Selalunya diadun dalam warna-warna kelam mewah; biru gelap, marun, hijau zamrud dan hitam. Manakala, pemilihan tesktur bergantung pada material perabot yakni kayu padu, tembaga dan besi. Jenis fabrik untuk langsir dan kemasan katil menggunakan baldu untuk rasa lebih mewah dan eksklusif.

Kunci Gaya Mewah Tekstur

  1. Gabungkan paten flora, damask, geometri seperti jejalur menerusi rekaan kepala katil, sarung kusyen dan langsir.
  2. Pasang langsir jenis blackout untuk mood lebih kelam mendalam walaupun di siang hari.
  3. Kemasan kertas dinding bercorak kehidupan flora dan fauna tropika penuh warna di feature wall atau dinding kepala katil menambah impak dramatik.
  4. Lampu lantai besi menggantikan fungsi meja sisi dan lampu meja, selain menjimatkan sisi katil.

 

Teks: Nadia Zolkifli