Intensiti Adriana Lima Dengan PUMA Zone XT - Glam Malaysia

Intensiti Adriana Lima Dengan PUMA Zone XT

Model terkenal dan juga seorang ibu, Adriana Lima baru-baru ini mengumumkan kerjasama bersama dengan jenama sukan terkenal PUMA, telah melancarkan kasut latihan wanita baru yang dipanggil Zone XT, direka khas untuk latihan daya tahan dan aktiviti intensiti tinggi. Adriana, duta global PUMA untuk segmen Latihan Wanita dipilih menjadi wajah kempen ini dan dipaparkan beliau menunjukkan beberapa langkah latihan terbaik dengan kasut tersebut.

PUMA Zone XT diilhamkan oleh zon di mana kemajuan berlaku, detik apabila kelajuan jantung meningkat, membolehkan tubuh membakar lemak dengan lebih efisien, juga meningkatkan daya tahan dan meningkatkan kadar metabolisme. Antara faedah utama kasut latihan terbaru ini termasuk aspek sokongan, cengkaman sisi dan struktur kusyen untuk keselesaan maksimum – menjadikan Zone XT sesuai untuk semua jenis latihan, terutamanya latihan jarak intensiti tinggi (HIIT).

Antara keistimewaan yang ditawarkan adalah ia menggabungkan dua teknologi inovatif PUMA, iaitu IGNITE FOAM dan NRGY beads, yang menjanjikan keselesaan kepada si pemakai. Selain itu, cengkaman tapak luaran yang diperbuat dari getah memberikan daya ketahanan maksimum untuk semua jenis latihan. Ia turut direka untuk memberi sokongan yang penuh untuk keseluruhan sesi latihan. Corak garisan yang diinspirasikan dari garisan kadar denyutan jantung adalah simbolik untuk usaha yang diperlukan untuk kekal mencabar batasan ketika di sesi latihan.

See also
Victoria's Secret Fashion Show 2017 Takluk Kota Shanghai

Sesuai dilancarkan pada permulaan tahun baru ini, kasut Zone XT amat sesuai untuk membantu anda mencapai  azam tahun baru yang berkaitan dengan rejim latihan. Zone XT PUMA boleh dibeli bermula 10 Januari di semua kedai-kedai PUMA, Al-ikhsan, Life Habitat Sunway Carnival, RSH dan juga puma.com pada harga RM429.