Ruang - Cipta Zon Peribadi - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

Ruang – Cipta Zon Peribadi

Kamar beradu – ruang permulaan dan pengakhiran kehidupan setiap penghuni di kediaman. Mencipta ruang santuari perlu mengambil kira sudut pencahayaan, reka pelan dan material yang diingini. Jangan abaikan pemilihan kombinasi warna dan aksesori dalam mencipta bilik tidur serba mewah dan punya ‘rasa’. GLAM Deko himpunkan idea ruang kamar peribadi yang boleh menjadi inspirasi.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

KLASIK KONTEMPORARI

Sedikit maskulin dengan mainan warna-warna kelam; biru navy, kelabu gelap atau hitam. Pilihan perabot juga berasaskan kayu padu gelap. Material tahan lasak seperti kulit, linen dan wool mendominasi.

Kunci Gaya Klasik Kontemporari

  1. Penggunaan meja sisi boleh digantikan dengan almari konsol bagi reka pelan ruang terhad.
  2. Aturkan reka bentuk otomen dibaluti material kulit di bahagian kaki katil buat menyempurnakan gaya keseluruhan.
  3. Reka bentuk katil daripada bahan kayu padu gelap sering digunakan pakai untuk wajah dekor gaya ini berbanding kepala katil (headboard).
  4. Susun atur koleksi fotografik hitam dan putih dalam bingkai metal di dinding kepala katil menyerlahkan gaya keseluruhan.