Ruang - Cipta Zon Peribadi - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

Ruang – Cipta Zon Peribadi

Kamar beradu – ruang permulaan dan pengakhiran kehidupan setiap penghuni di kediaman. Mencipta ruang santuari perlu mengambil kira sudut pencahayaan, reka pelan dan material yang diingini. Jangan abaikan pemilihan kombinasi warna dan aksesori dalam mencipta bilik tidur serba mewah dan punya ‘rasa’. GLAM Deko himpunkan idea ruang kamar peribadi yang boleh menjadi inspirasi.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

FEMININ CHIC

It’s all about pastel! Penghuni patut berasa cukup harmoni dan bahagia saat melangkah masuk ke kamar beradu. Pencahayaan elegan daripada lampu candelier kristal antara item mesti ada apabila mencipta dekor gaya ini. You can go bold or you can go minimal melalui gaya ini, semuanya bergantung pada pemilihan perabot, perincian dan aksesori.

Kunci Gaya Feminin Chic

  1. Jangan takut menyuai padan reka bentuk perabot dan aksesori seperti lampu tidur dari gaya zaman berlainan. Efek lama, washed wood, besi lama dan kusam menyempurnakan keseluruhan gaya yang ingin dicipta.
  2. Aksesori daripada bahan logam dan gangsa seperti lampu tidur, meja sisi atau meja konsol mampu menerbitkan aura instant glamor.
  3. Pilih fabrik cadar diperbuat daripada kain sutera satin atau sutera kapas buat membangkit mood mewah elegan selain membuatkan lena lebih indah.
  4. Banyakkan aturan kusyen pelbagai bentuk dan saiz di atas katil untuk rasa lebih empuk dan cozy di ruang tidur.
See also
Kediaman - Nostalgia Warisan Rumah Lama