Ruang - Bentuk Kemasan Tingkap - Glam Malaysia

Ruang – Bentuk Kemasan Tingkap

Jendela atau lebih popular dengan reka bentuk tingkap adalah elemen penting dalam memastikan ruang kekal privasi selain menyuntik ambien lebih selesa. Berikut panduan untuk memilih kemasan tingkap ideal untuk impak ruang berbeza selain menambah pesona kediaman terutama ketika merai hari istimewa.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ruang Tamu

Ruang tamu atau ruang keluarga merupakan ruang yang paling penting dan paling mendapat perhatian dalam sesebuah kediaman. Cahaya natural daripada matahari mampu menceriakan lagi ruang utama anda ini! Harmonikannya dengan panel drapery yang mempunyai ajnas rekaan dan semi sheer yang mampu menyediakan pencahayaan dan privasi yang tidak terlalu ketara walaupun direndahkan.

Tips:

Pilih ketebalan fabrik langsir yang sesuai dengan jumlah cahaya yang anda mahu. Corak berbunga yang penuh dengan elemen alam adalah pilihan terbaik jika warna dinding kediaman anda agak kosong.