Resipi – Salad Avokado Strawberi bersama Sos Rasberi
Teks : Nadia Zolkifli Arahan Seni : Afiq Khairudin Gambar : Patrick Chan Resipi : Pickle & Fig TTDI
Kini semakin ramai yang mengambil berat menu makanan seimbang untuk kekal sihat dan bertenaga. GLAM Deko mengesyorkan sajian mudah, namun sarat khasiat selain enak dinikmati sepanjang masa. GLAM Deko sempat menjenguk ke dapur, cafe Pickle & Fig di Jalan Tun Mohd Fohad 2, Taman Tun Dr. Ismail untuk mendapatkan resipi salad mudah dan enak ini.
Salad Avokado Strawberi bersama Sos Rasberi
Sos Rasberi
10 gm rasberi
10 gm strawberi
60 ml minyak zaitun
4 gm Dijon Mustard
10 gm gula perang
20 ml cuka putih
20 ml air
Cara menyediakan
Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengisar. Kisar sehingga kesemua bahan sebati.
Tuangkan di atas salad daun pilihan seperti wild rockets, avokado, strawberi, kepingan badam dan biji chia.