Rekaan Hebat - Rekaan Asimetri Aesop Burner - Glam Malaysia

Rekaan Hebat – Rekaan Asimetri Aesop Burner

Teks : Suhana Desa 

 

Direka untuk Aesop oleh Studio Henry Wilson, Brass Oil Burner terhasil daripada bahan tembaga dari Australia menggunakan proses wax casting –  teknik kuno menggunakan acuan lilin untuk membuang objek logam, selain untuk memastikan setiap acuan mempunyai karakter dan tembaga patina yang akan berubah dari masa ke masa. Dengan berat dianggarkan satu kilogram, reka bentuk tembaga terhasil secara tidak sekata dalam ukuran yang sama.

 

 

Kolaborasi Aesop dan Henry Wilson sebelum ini telah menyaksikan pelancaran dua butik signatur Aesop dan dipamerkan di Aesop Brera, Milan Salone del Mobile pada tahun 2017. Rekaan Henry terinspirasi oleh asimetri, keindahan yang tidak sempurna dalam proses mencairkan tembaga, dan proses ritual yang senyap dalam nyalaan lilin.

 

Menurut Pengurus Besar Produk dan R&D Aesop, Dr Kate Forbes, “Brass Oil Burner adalah produk pertama Aesop yang menggabungkan keghairahan reka bentuk, fungsi dan aroma ke dalam satu produk.”

 

See also
Arloji Royal Oak Selfwinding Rainbow Berhias Permata Eksklusif

Aesop Brass Oil Burner

 

Tambahnya, “Kami bekerjasama dengan Studio Henry Wilson untuk mencipta sebuah bekas tembaga kontemporari, penyatuan reka bentuk malar segar untuk membakar campuran minyak pembakar Aesop.”

 

Brass Oil Burner memberi cabaran kreatif untuk Wilson dan Aesop, dalam proses perkembangan reka bentuk produk.

 

“Kami bereksperimen dengan pelbagai bentuk dan bahan produk, kerana setiap perubahan reka bentuk dan pilihan bahan mempengaruhi fungsi objek. Kami akhirnya menggunakan tembaga untuk sifat pemindahan haba unggulnya, keupayaan dan kehangatannya, dan gabungannya yang panjang dengan cahaya lilin. “