Pilihan Skema Warna Sesuai Untuk Kediaman - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Pilihan Skema Warna Sesuai Untuk Kediaman

Semua warna adalah sangat berharga dan indah dengan peribadinya yang tersendiri. Ia bergantung kepada kombinasi bagaimana yang dapat menyerlahkan lagi sifat dan karakter sesuatu warna itu. Berikut adalah idea memilih skema warna yang sesuai untuk kediaman anda.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Monokromatik

Back to basic! Paduan spektrum warna paling selamat dan mudah diguna pakai untuk setiap jenis reka pelan ruang. Putih, krim, kelabu, perak dan hitam tergolong dalam kumpulan asas warna monokrom. Teknik monokromatik, pilihan tonasi warna asas yang sama tanpa sebarang pecahan dimensi warna lain. Ini boleh diaplikasi buat semua tona warna pilihan. Monokromatik sering dilihat dalam kediaman bercorak Scandinavian dan moden.