Pilihan Menyegar Kediaman

Pilihan Menyegar Kediaman

janine2
 
Sememangnya kediaman yang dihias indah harus hadir bersama aroma yang mendamaikan saat kaki melangkah masuk. Tidak hanya perlu bersih dan teratur, bantuan semburan haruman dapat memberikan rasa berbeza pada ruang anda. Sememangnya lilin merupakan pilihan paling popular selain bungaan segar. Kami bariskan tiga pilihan teknik mudah untuk anda memberikan aura berbeza melalui penggunaan haruman.
 

JML_Wood Sage & Sea Salt_Home Candle2Wood Sage & Sea Salt, Jo Malone

Lilin
 
Sebaiknya nyalakan lilin sekitar dua jam sebelum ruang digunakan. Sebenarnya haruman yang dibebaskan adalah saat lilin itu sudah cair. Pembakaran yang mencukupi masa turut memastikan lilin terbakar serata. Pastikan ia sering diawasi untuk mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini terjadi. Letakkan di penjuru yang strategik untuk memastikan bau yang terhasil ini dapat merebak secara rata ke seluruh ruang.
 

Diffuser resize2Un Air De Diptyque

Penyegar Automatik
 
Penyegar sebegini selalunya sudah ditetapkan masa semburannya. Namun begitu kadang kala haruman tidak semerbak secara menyeluruh ke seluruhan ruang. Pastikan anda memilih sesuatu yang mempunyai daya semburan yang tinggi. Selain dari itu, rekaan alat ini juga perlulah cantik kerana ia terlihat seakan aksesori yang menghiasi ruang.
 

See also
5 Idea Untuk Ruang Solekan

eau_plurielle_bottle_md resizeEau Plurielle

Semburan Haruman
 
Biarpun menuntut lebih usaha dari anda, anda dapat memastikan haruman tersebar rata jika kena caranya. Terdapat beberapa haruman yang boleh disembur di atas fabrik untuk memastikan aromanya kekal tanpa mengotorkan fabrik anda. Anda turut boleh menyembur haruman ini di hadapan hembusan penghawa dingin agar ia terus tertebar ke segenap ruang.