Penggayaan Semula Kamar Beradu - Glam Malaysia

Penggayaan Semula Kamar Beradu

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sentuhan dekorasi tidak hanya tertumpu pada ruang-ruang sosial di kediaman seperti ruang tamu, ruang makan dan dapur, malah mengemas kini atau mengatur semula kamar beradu juga perlu diambil kira. Walaupun hanya menukar kemasan lembut seperti cadar dan sarung bantal ternyata ianya seakan menebar seribu satu semangat baru apabila bangkit dari lena. Kali ini GLAM Deko bereksperimen nuansa warna selamat, putih dan kelabu untuk kamar beradu utama.

 

Nuansa putih dan krim serba polos; hanya mainan tekstur dari perincian pada dinding dan kemasan kertas dinding menjadi taruhan. Kemasan kertas dinding krim dalam corak jejalur menghiasi dinding di kepala katil sekaligus membentuk titik fokal ruang. Bingkai kayu dalam corak geometri putih dan warna neutral kayu dipasang pada bahagian dinding kiri dan kanan bagi memberi lebih karakter dan tekstur pada ruang polos. Item wajib, meja tepi dengan perincian kaca diatur di bahagian kiri dan kanan katil bagi mengimbangi dimensi reka bentuk selain berfungsi sebagai unit penyimpanan. Penggayaan diteruskan dengan aturan lampu meja dempak dengan sepuhan emas.

See also
Ciri Keselamatan Ruang Kediaman Buat Si Kecil